Khamis, 28 Jun 2012

CINTA

Sangat menyakitkan bila seseorang yang kita terlalu sayang, meninggalkan kita tanpa sebarang khabar berita. Besar kemungkinan boleh menghabcurkan hati dan perasaan nie :( tapi apa yg mampu kita buat? kita hanya manusia biasa yang tidak boleh melawan kekuasaan dan takdir Allah Taala :) yang kita mampu lakukan adalah sentiasa mencari ketenangan apabila diuji dengan ujian sebegini. Berdoa agar Allah sentiasa memberi rahmat dan ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.

''Jangan mencari cinta kerna ia akan hadir tanpa di undang. Maka carilah cinta yang maha agung kerna hanya DIA yang wajib dicintai''

Kekecewaan apabila berakhirnya sesebuah perhubungan atau sesebuah ikatan akan hadir kerna itu adalah sifat semula jadi seseorang itu. Oleh itu, bercinta lah dengan seadanya dan jangan terlalu mencintai seseorang tanpa sedar akan Pencintanya.

Ramai yang beranggapan bahwa cinta ini adalah penyebab segalanya. Mengapa kita harus menyalahkan cinta kerna itu adalah satu anugerah dari Sang Pencipta. Orang yang menyalahgunkan cinta yang sebenarnya buta akan kehadiran cinta itu kerna ia mampu mengubah segalanya.

Orang yang sering gagal dalam percintaan adalah orang yang sering mengungkap 'Aku cinta kamu' kerna ia gagal mencintai Penciptanya. 

Sering lah mengucapkan alhamdulillah disaat kita sedang dilanda musibah percintaan kerna seseorang yang diuji itu mampu mengatasi dan sabar dengan kehendaknya. Orang yang menzalimi cinta akan merasai kehilangan kerna suatu saat nanti dia akan kehilangan orang yang menyayangi akan dirinya <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan